Adakah penerima akan dikenakan sebarang caj rawatan?

Tiada caj rawatan yang akan dikenakan bagi rawatan yang dibiayai seperti (rujuk soalan 7).

Sekiranya terdapat sebarang rawatan tambahan yang tidak tersenarai dalam jenis rawatan yang dibiayai, atau baki kad kesihatan yang tidak mencukupi, pesakit perlu menanggung kos lebihan rawatan pada hari tersebut.

Pesakit akan dicaj sebanyak RM70.00 (Ringgit Malaysia: Tujuh Puluh Sahaja) bagi sekali rawatan. Sekiranya caj yang dikenakan melebihi had tersebut, Klinik hendaklah menghubungi talian Khidmat Pelanggan 013-920 8080 untuk menaikkan had pada kad tersebut selagi terdapat baki di dalam kad.

Jika baki di dalam kad tidak mencukupi, pesakit perlu menanggung kos lebihan rawatan pada hari tersebut.