Pengenalan

KAD KESIHATAN PAHANG PRIDE KASIH adalah salah satu inisiatif khas Kerajaan Negeri Pahang dibawah program “KEBANGGAAN PAHANG” atau dikenali dengan jenama “PAHANG PRIDE”. Dimana Kerajaan Negeri menyediakan bantuan Kad Kesihatan kepada warga emas yang berkelayakan dalam Negeri Pahang. Inisiatif ini merupakan cetusan idea asal (‘brain child’) YAB. Menteri Besar Pahang, Dato’ Sri Haji Wan Rosdy bin Wan Ismail yang sentiasa memikirkan soal kebajikan untuk segenap lapisan umur rakyat di Negeri Pahang Darul Makmur.

Program ini telah dilancarkan oleh YAB. Menteri Besar pada 18 Januari 2022 dengan peruntukan RM10 juta dan telah memberi manfaat kepada 18 ribu orang penerima. Pada tahun 2023, Kerajaan Negeri telah menambah peruntukan kepada RM20 juta dengan peningkatan jumlah penerima kepada 30,600 orang. Selain warga emas, kategori baharu yang mendapat manfaat dari inisiatif ini adalah Orang Kurang Upaya (OKU) Tidak Bekerja yang dikenalpasti melalui Jabatan Kebajikan Masyarakat (JKM) Negeri Pahang.

Pahang Pride Kasih ini adalah inisiatif pelengkap kepada Sistem Kesihatan Kebangsaan sedia ada. Kerajaan Negeri memberikan pilihan tambahan kepada rakyat, khususnya warga emas dan golongan kurang upaya untuk membuat pemeriksaan kesihatan dan mendapatkan rawatan dengan lebih selesa dan menjimatkan masa di klinik-klinik swasta terpilih seluruh negeri Pahang. Secara tidak langsung membantu mengurangkan kesesakan di klinik-klinik Kerajaan di dalam Negeri Pahang.

KHIDMAT PELANGGAN

+6019 750 8080

Makmur Medik Sdn. Bhd. (1437451-K)

Suite 3, Tingkat 1, Wisma Rangkaian, Jalan Teluk Sisek, 25000 Kuantan, Pahang Darul Makmur.