Kerajaan Negeri sentiasa prihatin kepada golongan warga emas dan Orang Kurang Upaya (OKU), dan bagi memastikan tahap kesihatan warga emas dan OKU di Negeri Pahang berada di tahap terbaik, Kerajaan Negeri telah bersetuju memperuntukkan bantuan Kad Kesihatan Kasih Makmur yang akan memberi manfaat kepada lebih 30 ribu orang penerima.
Hubungi kami
Suite 19, Tingkat 1, Wisma Rangkaian, Jalan Teluk Sisek, 25000 Kuantan, Pahang Darul Makmur.
TEMERLOH, 26 – 28 Oktober 2024 – Program Tanggungjawab Sosial Korporat (‘CSR’) Klinik Bergerak Kad Kesihatan Kasih Makmur Negeri Pahang 2024 bagi Daerah Temerloh.
Pasukan Kad Kesihatan Kasih Makmur telah melakukan Program CSR melalui Klinik Bergerak bagi DUN LANCHANG, KERDAU, KUALA SEMANTAN, JENDERAK, DAN MENTAKAB pada 26 – 28 Oktober 2024.
Inisiatif ini disambut baik oleh penerima Kad Kesihatan Kasih Makmur dan orang awam yang hadir membuat pemeriksaan kesihatan asas di tempat program.
Semoga dengan bantuan seperti ini dapat memberi manfaat kepada penerima untuk sentiasa menjaga kesihatan dan meningkatkan kualiti hidup.